The 2018 National Robotics Competition
 

Pendahuluan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera



Saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada Kontinjen Malaysia yang telah melakar kejayaan apabila dinobatkan sebagai pasukan kedua terbaik dalam World Robot Olympiad (WRO) di San Jose, Costa Rica pada tahun lalu. Dalam kejohanan yang melibatkan penyertaan sebanyak 384 pasukan dari seluruh dunia, kontinjen negara berjaya membawa pulang 1 pingat emas, 2 pingat perak dan 4 Anugerah Kecemerlangan.

Sebelum melangkah ke pentas WRO, pasukan-pasukan negara akan beraksi dalam Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) terlebih dahulu. NRC adalah antara program terpenting anjuran Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad sejak tahun 2005 lagi. Matlamat utamanya adalah untuk membantu murid membina asas yang kukuh dalam Sains, Teknologi , Kejuruteraan dan Matematik (STEM), reka cipta, serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Di samping itu, NRC merangsang kreativiti murid untuk menyelesaikan masalah dan menggalakkan inovasi. NRC turut memupuk budaya kerja berpasukan dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam kalangan murid.

NRC yang kini memasuki tahun ke-14 telah berjaya mengukuhkan kemahiran rekacipta, inovasi dan memupuk minat murid dalam STEM. Kita percaya bahawa NRC juga mampu menjadi antara pemacu kepada negara untuk mencapai status negara maju seiring dengan Revolusi lndustri 4.0 sebagai persiapan untuk melahirkan pekerja mahir dan berpengetahuan tinggi. Seterusnya, platform ini dapat menjadi satu daripada persediaan untuk memenuhi keperluan dan menghadapi cabaran 30 tahun akan datang melalui Transformasi Nasional 2050 .

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sasbadi atas kerjasama dan komitmen yang tinggi serta berterusan dalam membantu KPM menjayakan pertandingan ini. Saya berharap agar peluang menyertai NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid supaya matlamat untuk melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti, dan berinovatif akan dapat dicapai sepenuhnya

"SELAMAT MAJU JAYA”

Sekian, terima kasih.


Datuk Dr. Amin Bin Senin
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia


VISION

To provide a powerful learning platform to enable students to cope with skills those are essential for success in the 21st century.


OBJECTIVES

  • To help students build a solid foundation in mathematics, science, technology, design and ICT through hands-on experience or investigation.
  • To train students to work together to solve challenging problems in a spirit of cooperation and collaboration.
  • To enable students to develop logical and systematic thinking as they plan and implement programmes through the programming of robots.
  • To enhance students’ creativity in problem solving and raise their awareness of the many possible ways of arriving at a desired outcome.
  • To promote competition in robotics amongst Malaysian school students as a healthy and fulfilling pastime.

MISSION

To develop and strengthen critical and creative thinking and social skills those are essential prerequisites for success in further studies and future careers. These skills include:

  • Problem-solving skills
  • Creative thinking skills
  • Interpersonal communication Skills
  • Collaborative teamwork skills

2018 NRC Advisory Committee

Patron: Y.B. Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid
Minister of Education
Advisor: Y.B. Tuan P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan
Deputy Minister of Education (I)

Y.B. Senator Tuan Chong Sin Woon
Deputy Minister of Education (II)
Chairperson: Y.Bhg. Datuk Dr. Amin bin Senin
Director-General of Education
Deputy Chairperson: Tuan Haji Aminuddin bin Adam
Deputy Director-General of Education (Educations Operation)
Vice Chairpersons: Y.Bhg. Dato’ Sulaiman bin Wak
Deputy Director-General of Education (Educations Development)

Dr. Haji Zainal Aalam bin Hassan
Deputy Director-General of Education (Teacher Professionalism Development)

Encik Law King Hui
Group Managing Director of Sasbadi Holdings Berhad

Secretary: Puan Rozainum binti Ahmad
Director, Co-curriculum and Arts Division

Assistant Secretary: Puan Roslina binti Mohd Roslin
Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division

Encik Kevin Wan
Director of Sasbadi Learning Solution Sdn.Bhd.

Committee Member: Director of Perlis Education Department

Director of Kedah Education Department

Director of Pulau Pinang Education Department

Director of Perak Education Department

Director of Selangor Education Department

Director of Negeri Sembilan Education Department

Director of Melaka Education Department

Director of Johor Education Department
Director of Pahang Education Department

Director of Kelantan Education Department

Director of Terengganu Education Department

Director of Sabah Education Department

Director of Sarawak Education Department

Director of WP Kuala Lumpur Education Department

Director of WP Putrajaya Education Department

Director of WP Labuan Education Department



NRC 2005 NRC 2006 NRC 2007 NRC 2008 NRC 2009 NRC 2010 NRC 2011 NRC 2012 NRC 2013 NRC 2014 NRC 2015 NRC 2016 NRC 2017