NRC 2005 NRC 2006 NRC 2007 NRC 2008 NRC 2009 NRC 2010 NRC 2011 NRC 2012 NRC 2013 NRC 2014
The 2015 National Robotics Competition

Pendahuluan daripada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera

Saya dahului kata alu-aluan ini dengan memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya, Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) telah diadakan di Malaysia melepasi tempoh satu dekad. Hal ini merupakan satu pencapaian cemerlang hasil daripada komitmen dan usaha berterusan pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan Sasbadi Holdings Berhad.



Saya juga ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Kontinjen Malaysia yang telah berjaya merangkul gelaran Naib Juara Keseluruhan dalam pertandingan robotik dunia, World Robot Olympiad (WRO) ke-11 di Sochi, Rusia yang telah berlangsung dari 21 hingga 23 November 2014 yang lalu. Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan Malaysia apabila kontinjen negara berjaya meraih dua pingat emas daripada tujuh pingat emas yang dipertandingkan dan satu pingat perak. Selain itu, satu Anugerah Khas (Kreatif) dan tiga Anugerah Kecemerlangan turut diraih oleh kontinjen negara. Kejohanan WRO 2014 melibatkan penyertaan sebanyak 370 buah pasukan pelbagai kategori dari 48 buah negara yang bertanding.

NRC adalah antara program kokurikulum yang terpenting anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia sejak tahun 2005. NRC yang kini memasuki tahun ke-11 merupakan satu daripada platform utama untuk mendedahkan murid-murid terhadap bidang robotik serta pembelajaran yang dapat menjanakan inspirasi dalam usaha untuk meneroka bidang sains dan teknologi melalui gabungan konteks pembelajaran berserta cabaran-cabaran melalui “hands-on”. Semua ini mampu merangsang murid-murid untuk berfikir secara kreatif dan kritis dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Dari perspektif lain, NRC turut memupuk budaya kerja berpasukan dan semangat bekerjasama dalam kalangan murid.

Oleh itu, tidak keterlaluan jika NRC dianggap sebagai satu daripada inisiatif utama untuk meningkatkan pengetahuan dan penguasaan pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan seterusnya merealisasikan hasrat kerajaan untuk meningkatkan peratusan pelajar yang mengambil bidang STEM kepada 60% menjelang tahun 2020. Saya amat berharap agar jumlah penyertaan pelajar dalam NRC pada tahun ini meningkat lebih banyak daripada jumlah penyertaan pada tahun-tahun yang lalu. Pada masa yang sama, saya berharap agar NRC pada tahun 2015 dapat melahirkan bakat-bakat baharu, terutamanya daripada pasukan yang bertanding buat kali yang pertama. Akhir kata, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sasbadi Holdings Berhad kerana kejayaan penganjuran NRC tidak akan tercapai tanpa kerjasama yang utuh daripada syarikat tersebut.

Sekian, terima kasih.


DATO' SRI DR. KHAIR BIN MOHAMAD YUSOF
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia


VISION

To provide a powerful learning platform to enable students to cope with skills those are essential for success in the 21st century.


OBJECTIVES

  • To help students build a solid foundation in mathematics, science, technology, design and ICT through hands-on experience or investigation.
  • To train students to work together to solve challenging problems in a spirit of cooperation and collaboration.
  • To enable students to develop logical and systematic thinking as they plan and implement programmes through the programming of robots.
  • To enhance students’ creativity in problem solving and raise their awareness of the many possible ways of arriving at a desired outcome.
  • To promote competition in robotics amongst Malaysian school students as a healthy and fulfilling pastime.

MISSION

To develop and strengthen critical and creative thinking and social skills those are essential prerequisites for success in further studies and future careers. These skills include:

  • Problem-solving skills
  • Creative thinking skills
  • Interpersonal communication Skills
  • Collaborative teamwork skills

2015 NRC Advisory Committee

Patron: Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin
Deputy Prime Minister & Education Minister
Advisor: Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching
Deputy Education Minister (I)

Y.B. Dato' Seri Idris Bin Jusoh
Deputy Education Minister (II)

Y.B. Tuan P Kamalanathan a/l P. Panchanathan
Deputy Education Minister (II)
Chairperson: Y. Bhg. Dato'Sri Dr.Khair bin Mohamad Yusof
Director-General of Education
Deputy Chairperson: Y.Bhg. Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab
Deputy Director-General of Education (Educations Operation)
Vice Chairpersons: Y.Bhg. Puan Rozainum binti Ahmad
Director of Co-curriculum and Arts Division

Encik Law King Hui
Group Managing Director of Sasbadi Holdings Berhad

Secretary: Tuan Haji Mohd Anuar Bin Abdul Hamid
Senior Principal Assistant Director
Co-curriculum and Arts Division

Assistant Secretary: Puan Zalina binti Kamis
Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division

Puan Norhayati binti Mustafa
Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division

Encik Kevin Wan
Director of Sasbadi Learning Solution Sdn.Bhd.

Committee Member: Director of Perlis Education Department

Director of Kedah Education Department

Director of Pulau Pinang Education Department

Director of Perak Education Department

Director of Selangor Education Department

Director of Negeri Sembilan Education Department

Director of Melaka Education Department

Director of Johor Education Department
Director of Pahang Education Department

Director of Kelantan Education Department

Director of Terengganu Education Department

Director of Sabah Education Department

Director of Sarawak Education Department

Director of WP Kuala Lumpur Education Department

Director of WP Putrajaya Education Department

Director of WP Labuan Education Department