Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu aktiviti kokurikulum di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang memberikan penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Selain itu, NRC merupakan usaha berterusan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam mempromosikan inovasi serta pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah-sekolah.
Pertandingan ini menggalakkan pelajar menggunakan pemikiran aras tinggi (HOTS), kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang hebat bagi menandingi pihak lawan. Saya yakin bahawa ini merupakan pendekatan terbaik yang menggabungkan kepakaran dan inovasi pelajar dalam membina modal insan yang berketerampilan dan berwibawa. Ianya adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk melahirkan lebih banyak pakar yang berkemahiran tinggi, berpengetahuan, dinamik serta mampu bersaing dalam industri sains dan teknologi yang sedang berkembang pesat masa kini.
Sejak pertandingan ini mula diperkenalkan pada tahun 2005, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat pelajar terhadap bidang-bidang sains, matematik, teknologi, dan kejuruteraan. Penyertaan jumlah pelajar yang mengambil bahagian di dalam NRC saban tahun juga menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Daripada beberapa pasukan sahaja yang mengambil bahagian pada tahun 2005, bilangan penyertaan telah meningkat kepada 3170 pasukan pada tahun 2012, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak pasukan dari seluruh negara bertanding bagi merebut peluang ke pertandingan robotik peringkat dunia iaitu World Robot Olympiad (WRO).
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Sasbadi Sdn. Bhd. atas kerjasama dan komitmen tinggi berterusan yang dipamerkan dalam membantu Kementerian Pelajaran Malaysia menjayakan pertandingan ini. Saya berharap agar peluang menyertai NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar supaya matlamat melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti, dan inovatif akan dapat dicapai.
"SELAMAT MAJU JAYA"
Y.A.B. TAN SRI DATO’ HAJI MUHYIDDIN BIN HAJI MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pelajaran Malaysia
To provide a powerful learning platform to enable students to cope with skills those are essential for success in the 21st century.
To develop and strengthen critical and creative thinking and social skills those are essential prerequisites for success in further studies and future careers. These skills include:
Patron: | Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin Deputy Prime Minister & Education Minister |
Advisor: | Y.B. Datuk Ir. Dr. Wee Ka Siong Deputy Education Minister (I) Y.B. Dr. Haji Mohd Puad Bin Zarkashi Deputy Education Minister (II) |
Chairperson: | Y. Bhg. Tan Sri Abd Ghafar Bin Mahmud Director-General of Education |
Deputy Chairperson: | Y.Bhg. Dato' Haji Sufa'at Bin Tumin Deputy Director-General of Education (Educations Operation) |
Vice Chairpersons: | Tuan Haji Zainudin Bin Abas Director of Co-curriculum and Arts Division Encik Law King Hui |
Secretary: | Tuan Haji Mohd Anuar Bin Abdul Hamid Senior Principal Assistant Director Co-curriculum and Arts Division |
Assistant Secretary: | Puan Roslina Binti Mohd Roslin Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Puan Anita Binti Mohd Ariffin Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Encik Kevin Wan Director of Sasbadi Sdn. Bhd. |
Committee Member: | Director of Perlis Education Department Director of Kedah Education Department Director of Pulau Pinang Education Department Director of Perak Education Department Director of Selangor Education Department Director of Negeri Sembilan Education Department Director of Melaka Education Department Director of Johor Education Department |
Director of Pahang Education Department Director of Kelantan Education Department Director of Terengganu Education Department Director of Sabah Education Department Director of Sarawak Education Department Director of WP Kuala Lumpur Education Department Director of WP Putrajaya Education Department Director of WP Labuan Education Department |