Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan satu daripada aktiviti kokurikulum di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia yang dilaksanakan bagi tujuan mempopularkan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam kalangan pelajar.
Pertandingan ini melatih pelajar menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), mengaplikasikan kreativiti dalam inovasi rekaan serta mengatur strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang hebat bagi menandingi pihak lawan. Hal ini selari dengan usaha kerajaan untuk mentransformasikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh dan sistematik melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
Sejak mula diperkenalkan pada tahun 2005, NRC telah berjaya meningkatkan pemahaman serta memupuk minat pelajar terhadap bidang STEM. Jumlah penyertaan pelajar yang mengambil bahagian dalam NRC saban tahun juga menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Daripada hanya sebanyak 300 pasukan yang mengambil bahagian pada tahun 2005, bilangan penyertaan telah meningkat kepada 3000 pasukan pada tahun 2014, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak pasukan dari seluruh negara bertanding untuk merebut peluang ke pertandingan robotik peringkat dunia, iaitu World Robot Olympiad (WRO).
Kerjasama berterusan yang terjalin antara Kementerian Pendidikan Malaysia dengan pihak Sasbadi Holdings Berhad, serta dengan sokongan semua pihak yang terlibat dalam NRC telah memungkinkan usaha membentuk kontinjen yang hebat bagi mewakili negara dalam WRO terlaksana. Justeru, kita perlu terus berusaha dengan lebih gigih lagi bagi mengekalkan imej Malaysia sebagai salah sebuah negara yang berjaya dalam bidang robotik pada peringkat sekolah.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada pihak Sasbadi atas kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan pertandingan ini. Saya berharap agar NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh pelajar supaya matlamat untuk melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti, dan inovatif akan dapat dicapai, selain menjadi platform untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan mampu berdaya saing di pasaran global.
“TERUSKAN BERINOVASI”
Y.A.B. TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Timbalan Perdana Menteri & Menteri Pendidikan Malaysia
To provide a powerful learning platform to enable students to cope with skills those are essential for success in the 21st century.
To develop and strengthen critical and creative thinking and social skills those are essential prerequisites for success in further studies and future careers. These skills include:
Patron: | Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin Bin Haji Mohd. Yassin Deputy Prime Minister & Education Minister |
Advisor: | Y.B. Datuk Mary Yap Kain Ching Deputy Education Minister (I) Y.B. Dato' Seri Idris Bin Jusoh Deputy Education Minister (II) Y.B. Tuan P Kamalanathan a/l P. Panchanathan Deputy Education Minister (II) |
Chairperson: | Y. Bhg. Dato'Sri Dr.Khair bin Mohamad Yusof Director-General of Education |
Deputy Chairperson: | Y.Bhg. Dato' Haji Ahmad Tajudin bin Jab Deputy Director-General of Education (Educations Operation) |
Vice Chairpersons: | Y.Bhg. Puan Rozainum binti Ahmad Director of Co-curriculum and Arts Division Encik Law King Hui |
Secretary: | Tuan Haji Mohd Anuar Bin Abdul Hamid Senior Principal Assistant Director Co-curriculum and Arts Division |
Assistant Secretary: | Puan Zalina binti Kamis Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Puan Norhayati binti Mustafa Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Encik Kevin Wan Director of Sasbadi Learning Solution Sdn.Bhd. |
Committee Member: | Director of Perlis Education Department Director of Kedah Education Department Director of Pulau Pinang Education Department Director of Perak Education Department Director of Selangor Education Department Director of Negeri Sembilan Education Department Director of Melaka Education Department Director of Johor Education Department |
Director of Pahang Education Department Director of Kelantan Education Department Director of Terengganu Education Department Director of Sabah Education Department Director of Sarawak Education Department Director of WP Kuala Lumpur Education Department Director of WP Putrajaya Education Department Director of WP Labuan Education Department |