Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan satu daripada aktiviti kokurikulum kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad yang memberikan penekanan terhadap aspek kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan. Selain itu, NRC juga merupakan usaha berterusan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam mempromosikan inovasi serta pendidikan dalam bidang sains dan teknologi di sekolah-sekolah. Pertandingan ini menggalakkan murid menggunakan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi(KBAT), kreativiti serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang hebat bagi menandingi pihak lawan.
Hal ini juga sejajar dengan hasrat kementerian untuk melahirkan murid yang serba boleh serta cemerlang dalam pelbagai bidang di samping berpegang pada nilai moral yang positif. Usaha ini selari dengan gelombang ke-2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 - 2025 untuk mengupayakan pelan pelaksanaan inisiatif secara berkesan dengan penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pembelajaran yang dapat mendukung usaha mentransformasikan sistem pendidikan secara menyeluruh dan sistematik.
Sejak pertandingan ini mula diperkenalkan pada tahun 2005, NRC telah berjaya memupuk minat lebih 80,000 orang murid yang terlibat serta meningkatkan pemahaman mereka terhadap bidang STEM. Penyertaan jumlah pasukan yang mengambil bahagian dalam NRC saban tahun juga menunjukkan peningkatan yang amat memberangsangkan. Daripada hanya sebanyak 300 pasukan yang mengambil bahagian pada tahun 2005, bilangan penyertaan telah meningkat kepada 2800 pasukan pada tahun 2015, sekali gus membuka ruang kepada lebih banyak pasukan dari seluruh negara bertanding untuk merebut peluang ke pertandingan robotik peringkat dunia, iaitu World Robot Olympiad (WRO). Teruskan usaha anda untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia melalui bidang robotik. Tahniah dan sysbas kepada kontijen Malaysia yang telah menjadi Juara Keseluruhan WRO di Doha, Qatar pada tahun lalu.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sasbadi atas kerjasama dan komitmen yang tinggi serta berterusan dalam membantu Kementerian Pendidikan Malaysia menjayakan pertandingan ini. Saya berharap agar peluang menyertai NRC akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh murid supaya matlamat melahirkan modal insan yang holistik, berkualiti, dan inovatif akan dapat dicapai.
“SELAMAT MAJU JAYA”
"PENDIDIKAN ITU KEGEMBIRAAN, PENDIDIKAN ITU KETERBUKAAN, PENDIDIKAN ITU KEBAJIKAN"
DATO' SERI MAHDZIR BIN KHALID
Menteri Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
To provide a powerful learning platform to enable students to cope with skills those are essential for success in the 21st century.
To develop and strengthen critical and creative thinking and social skills those are essential prerequisites for success in further studies and future careers. These skills include:
Patron: | Y.B. Dato’ Seri Mahdzir bin Khalid Minister of Education |
Advisor: | Y.B. Tuan P.Kamalanathan A/L P.Panchanathan Deputy Minister of Education (I) Y.B. Senator Tuan Chong Sin Woon Deputy Minister of Education (II) |
Chairperson: | Y.Bhg. Dato’ Sri Dr. Khair bin Mohamad Yusof Director-General of Education |
Deputy Chairperson: | Y.Bhg. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin bin Jab Deputy Director-General of Education (Educations Operation) |
Vice Chairpersons: |
Y.Bhg. Datuk Dr. Amin bin Senin Deputy Director-General of Education (Teacher Professionalism Development) Y.Bhg. Dato’ Sri Haji Khairil bin Hj Awang Deputy Director-General of Education (Educations Development) Puan Rozainum binti Ahmad Director, Co-curriculum and Arts Division Encik Law King Hui Group Managing Director of Sasbadi Holdings Berhad |
Secretary: | Tuan Haji Mohd Anuar Bin Abdul Hamid Senior Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division |
Assistant Secretary: | Puan Roslina binti Mohd Roslin Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Puan Zalina binti Kamis Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Encik Kevin Wan Director of Sasbadi Learning Solution Sdn.Bhd. |
Committee Member: | Director of Perlis Education Department Director of Kedah Education Department Director of Pulau Pinang Education Department Director of Perak Education Department Director of Selangor Education Department Director of Negeri Sembilan Education Department Director of Melaka Education Department Director of Johor Education Department |
Director of Pahang Education Department Director of Kelantan Education Department Director of Terengganu Education Department Director of Sabah Education Department Director of Sarawak Education Department Director of WP Kuala Lumpur Education Department Director of WP Putrajaya Education Department Director of WP Labuan Education Department |