Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera
Pertandingan Robotik Kebangsaan (NRC) merupakan salah satu daripada aktiviti kokurikulum berimpak tinggi kelolaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan kerjasama Sasbadi Holdings Berhad yang memberikan penekanan terhadap aspek inovasi dan kreativiti dalam kalangan pelajar melalui pembelajaran berasaskan pengalaman yang menarik dan menyeronokkan.
NRC merupakan usaha berterusan KPM untuk mempromosi inovasi dalam bidang sains dan teknologi di semua sekolah. Pertandingan ini menggalakkan murid mengaplikasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) serta pelbagai strategi untuk mereka bentuk dan membina robot yang hebat.
Perkara ini sejajar dengan hasrat kementerian untuk melahirkan murid yang serba boleh serta cemerlang dalam pelbagai bidang di samping berpegang pada nilai moral yang positif. Usaha ini selari dengan Gelombang 2 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025, iaitu mengupayakan pelan pelaksanaan inisiatif secara berkesan dengan penerapan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam pembelajaran seterusnya menyokong usaha KPM dalam usaha mentransformasikan sistem pendidikan secara menyeluruh dan sistematik.
Saya juga difahamkan bahawa sekolah-sekolah baharu yang ingin menyertai pertandingan ini diberikan satu platform khas untuk bertanding dalam kelas tersendiri, iaitu kategori Rookie. Harapan saya agar sekolah- sekolah ini dapat tampil untuk menubuhkan pasukan masing-masing bagi menyertai pertandingan yang amat berprestij ini.
Teruskan usaha untuk mengharumkan nama Malaysia di persada dunia melalui bidang robotik. Tahniah dan syabas kepada Kontinjen Malaysia yang telah menjadi Naib Juara Keseluruhan World Robot Olympiad (WRO) di Costa Rica pada tahun lepas. Saya berharap agar NRC dapat dimanfaatkan sepenuhnya supaya matlamat kemenjadian murid dapat direalisasikan. Semoga program murni ini dapat dijalankan secara berterusan untuk tahun-tahun yang mendatang.
Sekian, terima kasih.
"PENDIDIKAN ADALAH KEGEMBIRAAN, KASIH SAYANG DAN SALING MENGHORMATI"
DR. MASZLEE BIN MALIK
Menteri Pendidikan Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia
To provide a powerful learning platform to enable students to cope with skills those are essential for success in the 21st century.
To develop and strengthen critical and creative thinking and social skills those are essential prerequisites for success in further studies and future careers. These skills include:
Patron: | YB Dr. Maszlee bin Malik Minister of Education YB Puan Teo Nie Ching Deputy Minister of Education |
Advisor: | YBhg. Datuk Dr. Amin bin Senin Director-General of Education |
Chairperson: | YBhg. Tuan Haji Aminudin bin Adam Deputy Director-General of Education (Educations Operation) |
Deputy Chairperson: | YBhg. Puan Rozainum binti Ahmad Director, Co-curriculum and Arts Division |
Vice Chairpersons: |
YBhg. Dato’ Sulaiman bin Wak Deputy Director-General of Education (Educations Development) Encik Law King Hui Group Managing Director of Sasbadi Holdings Berhad |
Secretary: | Encik Wan Erjunaidi bin Wan Muhammad Senior Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division |
Assistant Secretary: | Puan Roslina binti Mohd Roslin Principal Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Puan Zalina binti Kamis Assistant Director, Co-curriculum and Arts Division Encik Kevin Wan Director of Sasbadi Learning Solution Sdn.Bhd. |
Committee Member: | Director of Perlis Education Department Director of Kedah Education Department Director of Pulau Pinang Education Department Director of Perak Education Department Director of Selangor Education Department Director of Negeri Sembilan Education Department Director of Melaka Education Department Director of Johor Education Department |
Director of Pahang Education Department Director of Kelantan Education Department Director of Terengganu Education Department Director of Sabah Education Department Director of Sarawak Education Department Director of WP Kuala Lumpur Education Department Director of WP Putrajaya Education Department Director of WP Labuan Education Department |